Saturday, November 15, 2008

25 Tahun Migraine , pulih minum Mas Cotek

MELAKA, 17 Julai 2006 (Bernama) -- Setelah 25 tahun menderita diserang penyakit migrane, akhirnya Haidir Yusoff, 35, menemui penawarnya iaitu "Emas Cotek" sejenis tumbuhan herba yang nama sainstifiknya "Ficus Deltoidea".

Sejak berumur sembilan tahun, Haidir, dari Kampung Serkam dekat sini, diserang migrane setiap kali beliau makan buah-buahan masam tetapi beliau beransur pulih selepas minum air rebusan daun Emas Cotek.

"Sekarang saya bebas daripada migrane dan boleh makan buah-buahan masam," katanya yang terus mengamalkan meminum air herba tersebut untuk mengekalkan kesihatannya.

Beliau berkata antara kegunaan lain Emas Cotek ialah mengubat darah tinggi, kencing manis selain melancarkan perjalanan darah dan mengeluarkan toksin dan kolesterol daripada badan.

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=208491&vo=97

No comments: